top of page
Kerfin7-NEA-2201_Mesa de trabajo 1.png

SELAMAT DATANG KE
GREAT BRITISH CIRCUS

DIUNDI SARKAS NO.1 DI MALAYSIA

Mari saksikan Sarkas Autentik di Malaysia yang dibawa kepada anda dari 🇬🇧 United Kingdom. Artis-artis kami yang berbakat berasal dari lebih 10 negara termasuk UK, USA, Russia, Ukraine, Guinea, Iran, Colombia dan Brazil.

 

Anda akan dapat menikmati persembahan penuh hiburan selama 2 jam yang merangkumi unsur komedi, aksi-aksi 'stunt' seperti Globe of Death, tarian, nyanyian, akrobatik, dan banyak lagi! Pasti anak-anak dan keluarga terhibur!

 

Great British Circus menjanjikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan untuk seluruh keluarga, berkat gabungan aksi unik, persembahan mesra keluarga, dan harga tiket yang berpatutan.

 

Kami mengadakan persembahan sepanjang tahun di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia dan kini sedang melaksanakan Musim 2024 kami. Untuk mengetahui Lokasi dan Waktu Tayangan terkini, sila kunjungi bahagian 👉🏻 Beli Tiket

WhatsApp Image 2023-04-01 at 5.53.32 AM.jpeg

TENTANG KAMI

GREAT BRITISH CIRCUS adalah sebahagian daripada keluarga jenama sarkas yang dihasilkan oleh Big Kid Entertainment dengan sasaran untuk menyediakan persembahan hiburan mesra keluarga  'LIVE' yang berkualiti tinggi untuk pasaran antarabangsa. Pada Musim 2024 ini, kami membawakan anda PERSEMBAHAN BARU, UNIK dan BELUM PERNAH DILIHAT LAGI.

bottom of page